Sunday 20 February 2011

manusia dan sumber manusia

1.Would you be more or less attracted to an organization that used online recruiting only? Explain your answer.
Pada pandangan kami, kami lebih berminat kepada organisasi yang menggunakan perekrutan secara online. Ini kerana, ianya lebih murah, mudah dan cepat berbanding dengan perekrutan secara manual. Pengrekrutan secara online hanya memerlukan calon untuk melayari laman web sesebuah organisasi ataupun laman web untuk peluang pekerjaan dan mengisi serta menghantar borang permohonan pekerjaan yang telah disediakan. Sebagi contoh, calon yang berminat boleh mengisi permohonan kerja tersebut dari mana-mana lokasi tanpa perlu pemohon datang sendiri mendapatkan borang jawatan kosong daripada organisasi.
Manakala pihak pengurusan pula lebih mudah mentadbir setiap pemohonan yang dilakukan tanpa perlu membuka sampul surat.Memandangkan kebanyakan calon sekarang ini lebih terdedah dan mengetahui mengenai penggunaan computer dan internet, maka proses ini amat mudah dilakukan dalam masa yang cepat dan murah berbanding menggunakan cara yang lama. Selain daripada itu, dengan menggunakan pengrekrutan secara online, calon pekerjaan lebih mudah mengetahui status permohonan dengan segera dari masa ke masa.
Walau bagaimanapun, pengrekrutan secara online memberikan saingan yang lebih besar kepada calon pekerjaan kerana ianya menawarkan peluang pekerjaan kepada sesiapa sahaja yang berminat. Walaupun ianya memberikan faedah kepada organisasi tetapi merupakan satu persaingan yang hebat dalam kalangan calon pekerja.
DOAKAN IMPIAN CIKSYIKIN TERCAPAI

1 comment:

  1. kak cik dsini nk post psl isu psl sumber manusia je,,ada pe2 nk tmbh bgthu la,,,

    ReplyDelete