Sunday, 20 February 2011

bolek ke gaji tarik ramai pekerja stay kt company swasta?

 Skim gaji dan pencen yang kompetitif dalam sektor awam berjaya menarik lebih ramai rakyat menceburi sektor itu berbanding sektor swasta.
Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, berbanding beberapa tahun lalu ketika sektor swasta menjadi pilihan utama, trend tersebut kini berubah dengan lebih ramai rakyat mahu berkhidmat dengan kerajaan.
"Sektor awam telah mengalami perubahan yang besar dalam tempoh singkat. Gaji dan skim kebajikan untuk pemandu dan kerani di sektor awam umpamanya adalah lebih baik berbanding sektor swasta," katanya.
Beliau ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Sedunia Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 2009 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini hari ini.
Subramaniam mengulas cadangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) supaya kerajaan membenarkan kakitangan sektor awam mengeluarkan lima hingga 10 peratus gratuiti sebelum bersara.
Subramaniam bagaimanapun berkata, cadangan CUEPACS tersebut terletak di bawah tanggungjawab Ketua Setiausaha Negara dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya bercadang meneliti semula Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 bagi memastikan pegawai keselamatan dan kesihatan memainkan peranan yang sewajarnya di mana mereka ditempatkan.
"Mungkin ada beberapa kaedah atau perkara yang perlu diteliti semula, majikan dalam kelas dan industri tertentu telah diwajibkan di bawah akta ini untuk menggaji seorang pegawai keselamatan dan kesihatan," katanya.
Beliau berkata, ramai majikan didapati masih tidak memahami tanggungjawab mereka untuk mewujudkan tempat kerja yang selamat kepada pekerja.
DOAKAN IMPIAN CIKSYIKIN TERCAPAI

0 Budak Comel:

Post a Comment